1. Ditolak
Ukhti : Ya akhi. Ana di sini ingin menyampaikan pinangan seseorang.
Akhi : Asif. Ana sudah ada pilihan.
#Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada?
2. Menolak
Abe : Tak lama lagi saya akan hantar rombongan ke rumah awak. Tentang syarat awak tu, awak jangan bimbang. Saya akan mula mendalami ilmu agama selepas kahwin.
Gadis : Beginilah ye. Seandainya perkara ini hanya satu jenaka, insyaAllah saya baik baik saja. Tetapi, sekiranya ianya sesuatu yang benar, saya mohon maaf banyak banyak. Kerana, bukan awak yang saya pilih.
#Jadi, siapa pilihanmu?
Walau ditolak, tiada alasan untuk tidak menolak yang lain andai masih wujud pilihan lain. Sudah ditolak, tetapi masih tegar untuk menolak. Bagaimana ye?
Seandainya hanya satu pilihan yang tinggal dan itulah satu satunya yang ada, sebetulnya Allah masih memberi ruang kepada kita untuk menilai adakah ia baik atau tidak untuk kita. Nilaian bukan pada lahiriah, tapi pada rohaninya.
Usah mengeluh, walau tiada yang 'alim datang sebagai khalifah. Tiada apa yang harus dikesalkan. Sesungguhnya orang yang baik akan sentiasa dikelilingi oleh kebaikan melainkan Allah ingin mengujinya.
Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada? Siapa pilihanmu?
Pulanglah kepada Allah. Memilih dari istikharah, memberi jawapan jua adalah ilham dariNya. Pendek kata, semua yang berlaku adalah dengan izin dan kehendakNya. Maka dari itu, setiap permintaan harus disertai dengan perasaan redha, jika Allah sudah menetapkan masanya belum tiba untuk permintaan itu dipenuhi.
Ayuh! Kita sama sama bangkit dan kembali semula kepada Allah, empunya segala sesuatu baik yang zahir mahu pun yang ghaib.
Ya, pilihlah Allah! Berkomunikasilah dengan Allah semahu mahunya, adukan semua resah dan perasaan gelisah. Sungguh, Allah Maha Mendengar.
7 Jun 2013
2.05 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu
2 comments:
complicated ne k.jee,,hmmm
teringat pulak;
redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!
agak r.perbincangan sebegini amat berat bg ak.
igt lg eh : redha itu ikhlas pasrah itu menyerah
:)
Post a Comment