BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 13, 2013

rahsia tiada mutlak


doa jangan pernah putus jangan pernah henti

bila namanya aturan Tuhan, sungguh kita tak dapat ramalkan

yang dipandang disuka dicintakan, siapa tahu akhirnya hanya ditakdir menjadi teman

yang terasing terlepas dipandang sekilas, siapa sangka akhirnya jadi separuh nyawa


#hanis zhafirah abdul jaafar







Rahsia kita tiada mutlaknya
Melainkan Allah jua empunya segala

13 Mac 2013
3.18 pagi
IPG Perlis
 

Friday, March 8, 2013

sayangku , sayangMU


Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kasih sayangMU kepadanya
 kerana sesungguhnya aku menyayanginya

#HR Imam Bukhari



8 Mac 2013
4.32 pagi
IPG Perlis

sedetik berlalu


Wardah, sales assistant baru di pusat membeli belah itu. Penyapu baru, biasalah. Rajin, diam, kurang bercakap. Tunggu sebulan dua lagi, satu pusat membeli belah pasti akan mengenalinya.

Benar sekali.  Belum genap sebulan, Wardah sudah mengenali dan dikenali hampir semua staf di situ, termasuk beberapa orang regular customer.

***********************************************

Dingin suasana hari itu sedingin hati Wardah. Hujan lebat bercucuran. Beberapa orang pelajar universiti berhampiran yang kebetulan melalui kawasan itu berlari lari minta berteduh di situ.

Kehadiran pelajar pelajar universiti itu langsung tidak diendahkannya. Untuk apa mengendahkan mereka, sedangkan mulut Wardah bukan mereka yang suapkan. Sedang Wardah sibuk mencari saiz kasut yang diminta pelanggan, salah seorang pelajar universiti tersebut turut memerhatikan kasut kasut terbaru yang menjadi trend terkini.

"Erk. Tumpang lalu sikit ye. Saya nak ambil kasut kat atas tu. Maaf."

Tersusun ayat Wardah. Dia harus menjaga mana mana pelanggan yang melewati kawasannya kerana itulah periuk nasinya untuk sebulan dua ini.

"Berminat juga ke dengan kasut ni? Kasut ni baru sampai. Banyak lagi saiz yang ada. Tengok tengoklah dulu ye. Nak hantar kasut ni kat customer sana kejap."

Wardah berlalu dengan senyuman tanpa megambil peluang untuk mencuri pandang wajah pelanggan yang baru disapanya.

"Wada!"

Namanya dipanggil.

Kaget. Wardah mematikan langkah. Dia tahu siapa yang memanggilnya. Hanya seorang sahaja yang memanggilnya sebegitu selain dari ahli keluarga. Ya, Wajdi. Dia pura pura bersikap biasa seolah olah tidak mengenali, walhal itulah Wajdi!

Wardah meneruskan langkah.  

Customer is my priority! Jerit hatinya.

"Wada, kenapa awak nak lari dari saya?"

Diam, tenggelam dalam kebisingan pelanggan yang lalu lalang.

Wajdi senyum.

Wardah membatu. Tidak bersuara bukan kerana tiada modal untuk membalas. Tapi memang dia sengaja. Mahu mendengar patah kata Wajdi sepuas puasnya

"Lama saya tinggalkan tempat ni. Takkan awak nak saya pergi lagi?"

Sedetik berlalu, Wajdi pergi lagi...



13 Februari 2013
3.16 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu