Wardah, sales assistant baru di pusat membeli belah itu. Penyapu baru, biasalah. Rajin, diam, kurang bercakap. Tunggu sebulan dua lagi, satu pusat membeli belah pasti akan mengenalinya.
Benar sekali. Belum genap sebulan, Wardah sudah mengenali dan dikenali hampir semua staf di situ, termasuk beberapa orang regular customer.
***********************************************
Dingin suasana hari itu sedingin hati Wardah. Hujan lebat bercucuran. Beberapa orang pelajar universiti berhampiran yang kebetulan melalui kawasan itu berlari lari minta berteduh di situ.
Kehadiran pelajar pelajar universiti itu langsung tidak diendahkannya. Untuk apa mengendahkan mereka, sedangkan mulut Wardah bukan mereka yang suapkan. Sedang Wardah sibuk mencari saiz kasut yang diminta pelanggan, salah seorang pelajar universiti tersebut turut memerhatikan kasut kasut terbaru yang menjadi trend terkini.
"Erk. Tumpang lalu sikit ye. Saya nak ambil kasut kat atas tu. Maaf."
Tersusun ayat Wardah. Dia harus menjaga mana mana pelanggan yang melewati kawasannya kerana itulah periuk nasinya untuk sebulan dua ini.
"Berminat juga ke dengan kasut ni? Kasut ni baru sampai. Banyak lagi saiz yang ada. Tengok tengoklah dulu ye. Nak hantar kasut ni kat customer sana kejap."
Wardah berlalu dengan senyuman tanpa megambil peluang untuk mencuri pandang wajah pelanggan yang baru disapanya.
"Wada!"
Namanya dipanggil.
Kaget. Wardah mematikan langkah. Dia tahu siapa yang memanggilnya. Hanya seorang sahaja yang memanggilnya sebegitu selain dari ahli keluarga. Ya, Wajdi. Dia pura pura bersikap biasa seolah olah tidak mengenali, walhal itulah Wajdi!
Wardah meneruskan langkah.
Customer is my priority! Jerit hatinya.
"Wada, kenapa awak nak lari dari saya?"
Diam, tenggelam dalam kebisingan pelanggan yang lalu lalang.
Wajdi senyum.
Wardah membatu. Tidak bersuara bukan kerana tiada modal untuk membalas. Tapi memang dia sengaja. Mahu mendengar patah kata Wajdi sepuas puasnya
"Lama saya tinggalkan tempat ni. Takkan awak nak saya pergi lagi?"
Sedetik berlalu, Wajdi pergi lagi...
13 Februari 2013
3.16 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu
3 comments:
chapter baru!
hahaha.ak rjin ak tulis.tp kdg2 mcm xsure nk publish ke x.tuh yg tgu sbulan bru up cerita bru
publish jep, k.jee..
best ap, cam satu scene ke satu scene~ ;)
Post a Comment