''Zul, selamat pengantin baru. I pray for your happiness, now and hereafter."
Ringkas ucapan Wardah buat sepupunya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya. Gembira, itu sudah tentu. Wardah tidak kurang merasa bahang kegembiraan itu.
*****************************************
Lima hari berlalu...
"...yang tengah tu ada berita gembira pak".
"...yang tengah tu bakal tamatkan zaman bujang dah tu pak".
"...Pak Ham jemputlah ke majlis saya 8 November ni".
Siapa yang di tengah?
Dan siapa pula yang menjemput?
Itulah dia,Wajdi.
*****************************************
Pak Ham ialah pensyarah mereka, yang paling akrab mungkin. Jemputan belum rasmi tapi Wardah cukup sahih dengan berita itu.
************************************************
Semasa Wada menukilkan tulisan ini, Wada baru sahaja menolak seseorang yang Wada kira tidak kurang baiknya, walau Wada tahu Wadi tidak mungkin akan berpatah arah seandainya tahu tentang ini.
Kalau Wadi ingat la kan, Wada pernah tanya kat Wadi kalau ada lelaki baik datang melamar dan lelaki beriman yang di admire, mana satu keutamaan bagi seorang perempuan. Wadi cakap mesti la lelaki beriman. Tapi kena guna medium yang betul la untuk tanya lelaki tu.
Wadi tak faham kan maksud Wada? Wada sedar, time passes by, people change, and we do change. Kita yang sekarang dah tak sama macam kita yang dulu.
Belum sempat Wada tamatkan pengajian untuk Wada tanya kat Wadi, Wadi dah pun jumpa sang haura, pendamping di dunia inshaAllah hingga ke Jannah.
Wadi, tiada hadiah yang lebih berharga yang dapat Wada berikan kepada Wadi melainkan segugus doa buat seorang sahabat yang sentiasa dekat di hati. Ya, Wadi sentiasa dekat di hati Wada, dari dulu sehingga kini.
On the other side, ada juga kesedihan bertandang. Wada tak mintak diri ini untuk menunggu Wadi sejak empat belas tahun yang lalu. Wada tak mintak yang Wada akan kenal dengan orang lain dalam penantian Wada ni, yang akhirnya ada hati lain yang telah Wada guris.
Dalam kesedihan ni, Wada terfikir kenapa bukan Wada yang Wadi pilih. Soalan itu Wada sendiri juga yang menjawabnya. Allah itu Adil.
Di akhir garisan penantian ini, Wada hanya mampu melihat ke kiri, kanan, atas dan bawah dengan pandangan yang kosong. Wada perlu masa untuk adapt dengan keadaan di mana Wada dah tak perlu tunggu Wadi lagi.
Wadi, selamat menjadi suami!
************************************************************
Dia tiada pilihan, melainkan redha dengan apa yang telah ditakdirkan buat dirinya. Peperiksaan akhir akan bermula dua minggu lagi. Peperiksaan akhir buatnya sebagai seorang pelajar sepenuh masa.
Proses temuduga untuk penempatan pada tahun hadapan akan menyusul sebelum musim peperiksaan.
Ah! Wardah sedikit mengeluh, meleraikan sedikit beban di dada.
Andai tadbir mengatasi takdir, Wardah dan Wajdi pasti akan bertemu. Namun, takdir sudah tertulis. Wajdi akan bergelar suami tidak lama lagi.
Tinggal Wardah sendiri, bersama sama janji Tuhannya yang pasti!
22 Oktober 2014
2.44 pagi
Kampung Baru Kuala Abang,
Dungun.
No comments:
Post a Comment