BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 3, 2013

all is well


" Baiklah adik adik. Adik adik kena ingat, walau apa yang berlaku sekali pun, ALL IS WELL. Semuanya baik belaka. InsyaAllah, Allah dah tetapkan semua yang terbaik untuk kita semua. Bukan ke kita ni OSEM? "

Lancar sahaja tutur Kak Ja, selaku moderator pada malam itu. Hujahnya telah memacu ligat otak Wardah. Fikirannya menerawang memikirkan sesuatu.

*************************************************

Mata Zaitun tidak lekang dari memandang iPhone5 nya sambil mengucapkan sesuatu kepada Wardah.

" Wa, mintak alamat. "

" Nak buat apa? " ujar Wardah.

" Emmm... Amnan mintak. Nak hantar kad jemputan ka...emm..kahwin. Kot. Erk. Mungkin la..."

Lambat lambat Zaitun membalas, cuba menyusun sebaik baik ayat. Wardah mengerling, mengintai sejenak nama pengirim pesanan ringkas itu. Zaitun sekadar membiarkan perbuatan Wardah.

****************************************************

Wardah kembali ke dunia nyata apabila telinganya menangkap secebis perkataan daripada Kak Ja.

" Adik adik... Sekarang akak nak adik adik peluk kawan adik adik dan ucapkan kata kata yang boleh menyenangkan hati kawan adik adik tu ye. "

Wardah dan Sarah berpandangan. Wardah memulakan langkah, memeluk Sarah sambil menceduk sepatah dua kata dari komik yang baru dibacanya semalam.

" Sarah, semalam aku baca komik Ustaz. Dalam tu ada tulis, orang yang sabar banyak istighfar. Kita sama sama cuba jadi orang yang sabar ye. "

Tiba giliran Sarah,

" Wa, aku tahu apa kau rasa sekarang. Tak apa la Wa. Apa yang berlaku sekali pun, ALL IS WELL. Right? "

Mereka berdua ketawa. Memecah kesunyian program itu, sebelum hilang dalam sedu sedan peserta peserta lain...


Dulu Wajdi, sekarang Amnan. Di manakah kesudahannya? Wardah kelu, tiada jawapan...




16 Januari 2013
9.33 malam
Surau Nurul Iman,
IPG Kampus Perlis


5 comments:

shirakawa said...

k.jee, citer ne sambung2 eh?

aziha said...

emmm...yela kot.ak tulih ikot sodap je nih

hikhikhik
*lagu oke x weh?

shirakawa said...

best weh lgu ne..
;))

aziha said...

mai slalu setuju je dgn pilihan aku

hikhikhik

4 Bestari 2014 said...

nice! =)