BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 24, 2016

banyak cerita

Alkisah cuti panjang dikala orang lain sibuk bekerja. Alhamdulillah atas nikmat cuti selama sebulan ini. Boleh berehat. Rehat dari kerja dunia, dari memikirkan masalah umat sejagat. Hebat bunyinya. Walhal aku bekerja susah nak betulkan niat bekerja sebagai satu ibadah. Ampunkan aku Ya Allah.

Sepanjang cuti yang takde kerja dan aku pun tak mampu buat apa apa ni, rutin harian hanya berkisarkan indoor. Most of the time memang menghadap phone. Bateri habis, hadap tab. Best jugak ada tab ni, boleh gilir gilir. Dan memang banyak la masa aku untuk scroll balik aktiviti aktiviti aku since aku mula blogging. Aku rasa, kalau zaman tu dah ada wechat entah entah aku pun terjebak jadi remaja wechat yang merapu meraban tu. Mujurlah tiada lagi pada waktu itu.

Emmm...Rajinnya aku dulu spend masa menulis kat blog sedang assignment sering ditangguh tangguh. Itulah aku. Zaman dah berubah aku pun dah kerja. Nak buat azam takmau tangguh assignment pun macam dah tak guna. By the way, menulis di blog ni takde la nampak sangat faedah just for fun, feeling expression, and selalunya saja nak cerita. Bosan taktau nak buat apa. Macam situasi aku sekarang ni la.

Dalam masa lebih kurang 4 tahun ada 400+ entri. Tapi yang appear sikit je. Banyak yang aku hide. Save as draft je. Setiap entri yang aku hide ada sebabnya tersendiri. Haaa jangan taktau salah satu faktor ada orang rasa tergugat dia ingat aku nak boyfriend dia. Kalau aku nak, aku sendiri pinang dia. Dan kalau dia nak kat aku jugak, tidaklah aku masih bujang sekarang ni.

=_=


24 Oktober 2016
3.27 petang
Kampung Baru Kuala Abang
Dungun

Saturday, September 24, 2016

isi dan kulit



Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun kedua posting. Bermakna, tahun kedua juga menjadi warga Kuala Lumpur secara tidak langsung. Bukan pilihan pun untuk berada di sini tapi terlalu banyak yang telah tersedia di sini untuk dipelajari.

Dua tahun juga meninggalkan hobi ini. Menulis, membaca. Alasannya, kekangan masa. Sebenarnya tidak. Tapi kerana pengurusan masa yang gagal.

Dua tahun yang ditempuh dengan manusia yang beragam macam macam. Kulit tidak sama dengan isi. Itulah kesimpulan.

Nampak buruk tak semestinya tidak baik, nampak baik tak semestinya tidak buruk.

Untuk bersama atau meninggalkan, itu pilihan. I give the options to those who I met. Baru kenal mahu pun sudah kenal lama, pilihannya sama sahaja. Stay or just leave.



Dear those who never left,

I love u. 







                                                                                                       24 September 2016
                                                                                                                          1.45 pagi
                                                                                       Apartment Desa Bangsawan
                                                                                                          Bandar Tun Razak




Monday, November 3, 2014

manusia itu apa?


29 Oktober 2014.

Wardah terlalu asyik scroll down aplikasi Facebook di telefon pintarnya sehinggalah matanya tertancap pada satu nama yang di tag oleh Wajdi.

Ringan pula jari Wardah untuk mengklik pada nama Kura Kura di Lautan Madu itu. Wardah memerhati satu persatu apa yang ada pada wall pemilik akaun itu.

Segera Wardah bangkit, berdiri, lantas berjalan dari ruang tamu itu menuju ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Mencari sedikit privasi, jauh dari rakan rakan yang leka menonton televisyen.

Di sebalik pintu, Wardah menyeka air mata. Dia tidak pasti apakah perasaannya di kala itu. Gembira atau sedih? Sedih atau kecewa?

********************************

Pantas dia mendail nombor telefon sahabat baiknya, Kim. Kim akan menjadi tempat rujukan Wardah untuk sebarang permasalahan. Dengan sesiapa sahaja Wardah ingin dikenenkan, Kim pasti akan menasihatinya,

"...Tak apa la Wa. Awak berkawan la dulu dengan dia. Saya tahu awak tunggu Wajdi tapi Wajdi tak cakap apa apa pun kat awak kan... Dia tak ada cakap pun dia nak tunggu awak atau pun suruh awak tunggu dia. Apa yang dia cakap kat awak semuanya macam tak jelas, tak valid, tak solid. Awak kena bagi peluang kat diri awak jugak untuk kenal orang lain..."

Benar kata Kim. Wajdi tidak memberi sedikit pun harapan buat Wardah. Hanya Wardah sahaja yang terlalu dibuai kenangan masa lampau, saat mereka berdua masih mentah seusia jagung yang baru setahun.

Wardah akur, menerima nasihat Kim namun di hatinya menanggung beban yang lain pula. 


***************************************

Perbualan yang mengambil masa hampir tiga jam itu menjadi bukti betapa Wardah benar benar tidak dapat lari dari terus dibayangi Wajdi. Hampir satu jam perbualan mereka ialah perbualan sendu. Hanya kedengaran esak tangis Wardah sambil diselangi celahan suara Kim yang meminta Wardah beristighfar, mengucapkan shahadah juga sambil dirinya mengalunkan beberapa zikir.

" Wa, awak jangan macam ni. Awak menangis macam mana sekalipun Wajdi takkan tau pun. Membazir je air mata awak tu. 

"Saya tak tahu Kim. Saya tak tahu kenapa saya macam ni..."

Tangisan Wardah semakin reda.

"Macam ni la Wa. Awak anggap la si Kura kura tu lebih perlukan Wajdi lebih dari awak perlukan Wajdi, ok? Awak kena positif la. "

"Saya silap kan sebab terlalu ignorant. Saya tak pernah rasa kecewa, sekecewa hari ni. Fail paper exam pun tak rasa macam ni."

Ketawa mereka berderai. Emosi Wardah beransur pulih.

********************************



Beginilah kehidupan. Bukan semua berakhir dengan indah. Kita sering disajikan dengan hidangan cerita cerita happy ending sedangkan tidak semua hidup berkisar tentang bahagia semata mata. 

Lihat sahaja pada home Facebook, ada sahaja yang berkongsi tentang cerita cerita berunsurkan teras agama seperti menahan diri dari terlibat dengan lelaki ajnabi yang didamba, sehingga lelaki itu sendiri yang datang tepat pada masanya.

Bukanlah tidak benar cerita cerita sebegitu. Apalah salahnya jika diselitkan juga unsur unsur realiti bahawa kehidupan tidaklah sebegitu pada hakikatnya. Kekecewaan terselit di mana mana. Tidak wajar untuk mendabik dada dengan mengatakan "aku tidak kecewa" selagi tidak diuji sebagaimana orang yang diuji sebegitu.

Don't judge my decision, my action if you don't walk in my journey!

Begitulah yang seharusnya. Kerana, bukan semua berjalan di atas baldu kerana Allah turut menyediakan jalan berduri bagi hambaNya merasa erti kesakitan. Lantas apabila dia merasa bahagia, kebahagiaan itu menjadi satu nikmat yang tidak ternilai.

Itulah syukur.

Manusia tetap manusia. 
Manusia ialah hamba. 
Ada masa ingat, ada masa lupa. 
Ada masa istiqamah, ada masa alpa. 








3 November 2014
3.12 pagi
Taman Seri Bakau,
Kangar


akhir garisan


''Zul, selamat pengantin baru. I pray for your happiness, now and hereafter."

Ringkas ucapan Wardah buat sepupunya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya. Gembira, itu sudah tentu. Wardah tidak kurang merasa bahang kegembiraan itu.

*****************************************

Lima hari berlalu...

"...yang tengah tu ada berita gembira pak".

"...yang tengah tu bakal tamatkan zaman bujang dah tu pak".

"...Pak Ham jemputlah ke majlis saya 8 November ni".

Siapa yang di tengah?

Dan siapa pula yang menjemput?

Itulah dia,Wajdi.

*****************************************



Pak Ham ialah pensyarah mereka, yang paling akrab mungkin. Jemputan belum rasmi tapi Wardah cukup sahih dengan berita itu.


************************************************

Tahniah Wadi. Akhirnya, Wada sudah pasti di mana pengakhiran penantian Wada selama ini. Selama ni, Wada khuatir Wada yang tak sabar tunggu Wadi. Tapi rupanya Wadi yang pergi dulu tinggalkan Wada. Terima kasih Wadi sebab dah tamatkan penantian Wada selama empat belas tahun ini.

Andai Wadi terbaca tulisan ini, memang ini untuk Wadi. Meski ramai yang Wada temui tiada yang sama dengan Wadi. Wada bukan mencari kesempurnaan but just because I don't dare to cross over your shadow I rejected people who came to me.

Semasa Wada menukilkan tulisan ini, Wada baru sahaja menolak seseorang yang Wada kira tidak kurang baiknya, walau Wada tahu Wadi tidak mungkin akan berpatah arah seandainya tahu tentang ini.

Kalau Wadi ingat la kan, Wada pernah tanya kat Wadi kalau ada lelaki baik datang melamar dan lelaki beriman yang di admire, mana satu keutamaan bagi seorang perempuan. Wadi cakap mesti la lelaki beriman. Tapi kena guna medium yang betul la untuk tanya lelaki tu.

Wadi tak faham kan maksud Wada? Wada sedar, time passes by, people change, and we do change. Kita yang sekarang dah tak sama macam kita yang dulu.

Belum sempat Wada tamatkan pengajian untuk Wada tanya kat Wadi, Wadi dah pun jumpa sang haura, pendamping di dunia inshaAllah hingga ke Jannah.

Wadi, tiada hadiah yang lebih berharga yang dapat Wada berikan kepada Wadi melainkan segugus doa buat seorang sahabat yang sentiasa dekat di hati. Ya, Wadi sentiasa dekat di hati Wada, dari dulu sehingga kini.

On the other side, ada juga kesedihan bertandang. Wada tak mintak diri ini untuk menunggu Wadi sejak empat belas tahun yang lalu. Wada tak mintak yang Wada akan kenal dengan orang lain dalam penantian Wada ni, yang akhirnya ada hati lain yang telah Wada guris.

Dalam kesedihan ni, Wada terfikir kenapa bukan Wada yang Wadi pilih. Soalan itu Wada sendiri juga yang menjawabnya. Allah itu Adil.

Di akhir garisan penantian ini, Wada hanya mampu melihat ke kiri, kanan, atas dan bawah dengan pandangan yang kosong. Wada perlu masa untuk adapt dengan keadaan di mana Wada dah tak perlu tunggu Wadi lagi.

Wadi, selamat menjadi suami!



************************************************************

Wardah sudah tidak mampu menulis lagi. e-diary nya ditutup. Matanya terpejam rapat seraya menahan butir butir jernih yang galak terjun ke pipinya.

Dia tiada pilihan, melainkan redha dengan apa yang telah ditakdirkan buat dirinya. Peperiksaan akhir akan bermula dua minggu lagi. Peperiksaan akhir buatnya sebagai seorang pelajar sepenuh masa.

Proses temuduga untuk penempatan pada tahun hadapan akan menyusul sebelum musim peperiksaan.

Ah! Wardah sedikit mengeluh, meleraikan sedikit beban di dada.

Andai tadbir mengatasi takdir, Wardah dan Wajdi pasti akan bertemu. Namun, takdir sudah tertulis. Wajdi akan bergelar suami tidak lama lagi.

Tinggal Wardah sendiri, bersama sama janji Tuhannya yang pasti!











22 Oktober 2014
2.44 pagi
Kampung Baru Kuala Abang,
Dungun.