BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 29, 2013

be the light


“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, atau tolak kau sebelum dia tahu siapa kau, kau buat apa?”

“Doa.”

“Doa supaya dia buka hati untuk kau?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”

[be the light, eventhough your own heart is not bright enough]

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan?



#Bella Jamal






28 Jun 2013
4.15 pagi
IPG Perlis

Wednesday, June 26, 2013

hairannya dunia


Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata : “Saya berkata kepada Rasulullah saw” : Apakah kandungan suhuf Nabi Musa?” Baginda menjawab :

“Keseluruhannya adalah pengajaran”.

Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi masih terus bergembira.

Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa.

Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa.

Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia.

Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk beramal)

Riwayat Ibnu Hibban


#Fathi Yakan (2008). Apa Ertinya Saya Menganut Islam . 



Dan aku merasa malu. Dalam jutaan golongan ini, aku tidak terkecuali.


26 Jun 2013
2.17 pagi
IPG Perlis


Tuesday, June 11, 2013

rezeki yang tertinggal


The unexpected thing may come to anyone, may go anytime...

It happened to me. I was about to win RM 250k of participating Reader's Digest contest last year, which was 2012. It was an online contest.

I didn't expect at all that I was about to win the contest. Until one day on June 2013 which was few days ago, I found a letter from Reader's Digest. It was mine.

I read through the letter. It asked me to reply the letter 7 days after the receiving date to confirm my home address and whatnot. The date of the letter was on 2012, now is 2013!

I can't blame anyone for that to happen. Reflect on my flaws. That's a lot.

Allah just doesn't give me that handsome sum of RM 250k. He doesn't take any of my body parts or else. Then, I should be really grateful.




#untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia sia
 [padanya ada hikmah : Prof. Dr.  Muhaya Mohamad, Bahrudin Bekri]




11 Jun 2013
2.37 petang
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu

Friday, June 7, 2013

jadi, siapa yang kamu pilih?


1.  Ditolak

Ukhti : Ya akhi. Ana di sini ingin menyampaikan pinangan seseorang.

Akhi : Asif. Ana sudah ada pilihan.

#Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada?



2. Menolak

Abe : Tak lama lagi saya akan hantar rombongan ke rumah awak. Tentang syarat awak tu, awak jangan bimbang. Saya akan mula mendalami ilmu agama selepas kahwin.

Gadis : Beginilah ye. Seandainya perkara ini hanya satu jenaka, insyaAllah saya baik baik saja. Tetapi, sekiranya ianya sesuatu yang benar, saya mohon maaf banyak banyak. Kerana, bukan awak yang saya pilih.

#Jadi, siapa pilihanmu?



Walau ditolak, tiada alasan untuk tidak menolak yang lain andai masih wujud pilihan lain. Sudah ditolak, tetapi masih tegar untuk menolak. Bagaimana ye?

Seandainya hanya satu pilihan yang tinggal dan itulah satu satunya yang ada, sebetulnya Allah masih memberi ruang kepada kita untuk menilai adakah ia baik atau tidak untuk kita. Nilaian bukan pada lahiriah, tapi pada rohaninya.

Usah mengeluh, walau tiada yang 'alim datang sebagai khalifah. Tiada apa yang harus dikesalkan. Sesungguhnya orang yang baik akan sentiasa dikelilingi oleh kebaikan melainkan Allah ingin mengujinya.

Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada? Siapa pilihanmu?

Pulanglah kepada Allah. Memilih dari istikharah, memberi jawapan jua adalah ilham dariNya. Pendek kata, semua yang berlaku adalah dengan izin dan kehendakNya. Maka dari itu, setiap permintaan harus disertai dengan perasaan redha, jika Allah sudah menetapkan masanya belum tiba untuk permintaan itu dipenuhi.

Ayuh! Kita sama sama bangkit dan kembali semula kepada Allah, empunya segala sesuatu baik yang zahir mahu pun yang ghaib.

Ya, pilihlah Allah! Berkomunikasilah dengan Allah semahu mahunya, adukan semua resah dan perasaan gelisah. Sungguh, Allah Maha Mendengar.




7 Jun 2013
2.05 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu