Hang memang dah gila!
Berdesing telinga dipalu kata kata seperti itu. Manakan tidaknya, kata kata itu khas ditujukan buat orang yang kenal cinta jauh sahaja.
Apa itu cinta jauh?
Cinta yang dia-tak-tahu-pun-kau-suka-dia-sejak-first-time-kau-pandang-dia-dan-kau-dan-dia-tak-pernah-berkawan-pun-sejak-hari-itu-sehingga-hari-ini.
Boleh la juga dikelaskan sebagai first sight love. But I bet, ini lebih mencabar keimanan.
*******************************************************
Permulaan petang itu, dalam perjalanan pulang dari rumah pelajar tuisyen private, singgah di KFC untuk tapau makanan sahur. Petang vs sahur. It's sound weird but the thing happened is the weirdest.
Sambil usha usha sebarang menu yang menarik...
"Ye kak. Nak makan ke bungkus?"
Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum. I guess she knew I was smiling from my eyes. Dan akhirnya...
"Ya Allah, maaf kak. Dah terbiasa tanya macam ni. Lupa, puasa."
Kami ketawa terkekek kekek.
Kemudian, segera pulang ke tempat kediaman sambil minum mountain dew ketika dalam perjalanan.
"Weh, hang tak posa eh?"
******************************************************
Tugas memasak untuk iftar dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada yang in charge buat air, goreng telur, masak lauk (ikan singgang) dan menyediakan sedikit acar sebagai penambah daya selera makan. Tidak ketinggalan ada yang baik hati membantu membawa masuk lauk-order ke dapur.
Tugas ini memerlukan instinct yang kuat untuk meramalkan berapa banyak bahan bahan yang harus digunakan untuk menjadikan masakan itu ada ummmphh!
Maka dari itu, ada petugas khas telah dilantik untuk menjadi chef jemputan bagi membuktikan semuanya boleh dijadikan santapan yang boleh melepasi tekak untuk sampai ke perut sebelum diproses bagi menjana tenaga bagi meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ini.
Pada suatu ketika itu, seorang ustaz sedang memberikan tazkirah. Kami boleh nampak dia di dalam, dia boleh nampak kami di luar. Dan, chef pula sedang sibuk menjadi judge.
"Weh, hang tak tau ka ustaz tu boleh nampak kita kat luaq ni?"
****************************************************
"Weh, dia tu. Tu tu tu." memuncung muncungkan bibir seraya menunjuk ke arah sana iaitu parking lot.
"Bukan dia la. Tadi dia pakai baju hitam." cuba menongkah fakta.
"Betul. Tadi aku nampak dia tengah mengaji. Pakai baju tu lah." membangkang dengan tegas.
Bukan dan ya saling bertingkah sehingga bayang itu hilang dalam pekat malam, lalu menunggang tunggangannya.
"Ha! Kan aku dah kata betul tu dia. Aku cam la rim motor dia." perahunya terlajak dan tidak boleh diundur lagi.
"Hang stalk dia sampai ke rim motor? Hang memang dah gila!"
13 Julai 2013
1.52 pagi
IPG Kampus Perlis
1 comment:
hahahhahaaaaaaaa....
Post a Comment