BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 7, 2013

jadi, siapa yang kamu pilih?


1.  Ditolak

Ukhti : Ya akhi. Ana di sini ingin menyampaikan pinangan seseorang.

Akhi : Asif. Ana sudah ada pilihan.

#Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada?



2. Menolak

Abe : Tak lama lagi saya akan hantar rombongan ke rumah awak. Tentang syarat awak tu, awak jangan bimbang. Saya akan mula mendalami ilmu agama selepas kahwin.

Gadis : Beginilah ye. Seandainya perkara ini hanya satu jenaka, insyaAllah saya baik baik saja. Tetapi, sekiranya ianya sesuatu yang benar, saya mohon maaf banyak banyak. Kerana, bukan awak yang saya pilih.

#Jadi, siapa pilihanmu?



Walau ditolak, tiada alasan untuk tidak menolak yang lain andai masih wujud pilihan lain. Sudah ditolak, tetapi masih tegar untuk menolak. Bagaimana ye?

Seandainya hanya satu pilihan yang tinggal dan itulah satu satunya yang ada, sebetulnya Allah masih memberi ruang kepada kita untuk menilai adakah ia baik atau tidak untuk kita. Nilaian bukan pada lahiriah, tapi pada rohaninya.

Usah mengeluh, walau tiada yang 'alim datang sebagai khalifah. Tiada apa yang harus dikesalkan. Sesungguhnya orang yang baik akan sentiasa dikelilingi oleh kebaikan melainkan Allah ingin mengujinya.

Jadi, apa lagi pilihan yang kamu ada? Siapa pilihanmu?

Pulanglah kepada Allah. Memilih dari istikharah, memberi jawapan jua adalah ilham dariNya. Pendek kata, semua yang berlaku adalah dengan izin dan kehendakNya. Maka dari itu, setiap permintaan harus disertai dengan perasaan redha, jika Allah sudah menetapkan masanya belum tiba untuk permintaan itu dipenuhi.

Ayuh! Kita sama sama bangkit dan kembali semula kepada Allah, empunya segala sesuatu baik yang zahir mahu pun yang ghaib.

Ya, pilihlah Allah! Berkomunikasilah dengan Allah semahu mahunya, adukan semua resah dan perasaan gelisah. Sungguh, Allah Maha Mendengar.




7 Jun 2013
2.05 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu

Wednesday, May 15, 2013

yes, it is!


it's not about age
it's not about distance
it's not about communication

it's about feeling
given by Al Khaliq



15 Mei 2013
12.07 tengah malam
IPG Perlis

Tuesday, May 14, 2013

saya nak . kawin


3 Rejab 1434H.


Aku dilahirkan pada 3 Rejab 1410 Hijrah, bersamaan 30 Januari 1990....

Maka aku kira, hari ni genap usia aku 24 tahun.

Jika dilihat dari faktor usia, aku adalah lebih senior daripada rakan rakan satu batch. Senior umur, bukan senior tahun pengajian.

Kami sama batch. Bukan sekelas. Bezanya lagi, aku kakak, dia adik. Yang membuatkan aku dan dia adalah sama, aku dan dia sama sama nak kahwin!





30 Januari 2013

3 Rejab 1434H /
13 Mei 2013
11.51 malam
IPG Perlis

Friday, May 3, 2013

usaha


kredit : Mohd Muzaffar Muhammad
[Jawa Tengah]


kerana masa lalu
aku kenal erti perasaan
lalu aku terus terbang tinggi

sayang
aku jatuh

nyata
aku hanya mampu berusaha
dan akhirnya berharap
usaha aku tidaklah sia sia


3 Mei 2013
2.20 pagi
IPG Perlis