BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 29, 2013

ini untuk kau



"Weh, ni ada orang bagi kat aku semalam. Ada lebih. Ambillah."

"Kenapa bagi kat aku? Mungkin kau boleh offer kat orang lain."

"Orang tu sedekah kat kau la."

"Aku tak terima sedekah."

"Ish kau ni. Ambil je la. Kalau kau tak nak, nanti balik kampung bagi kat mak kau. Kau tak boleh pass kat orang lain tau. Sebab sebenarnya, memang ni untuk kau."


29 Julai 2013
2.35 pagi
IPG Perlis

Sunday, July 28, 2013

amin.


10 malam terakhir.

Tiba masa untuk lupakan semua.

26 Jun 2010.

Stesen bas.

Dewan peperiksaan.

Beg sandang.

Beg kamera.

Pemilik jiwa yang ENANG, MPUH, ADU

KAMU...




"Hasbi Rabbi Jallallah"

(Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung)



"Maafi Qalbi Ghairullah"

(Tiada di dalam hati ku kecuali Allah)


"Nur Muhammad Sallallah"

(Cahaya Muhammad selamat atas NYA)


"La ilaha illallah"

(Tiada Tuhan selain Allah)


Allah tidak ubah situasi yang berlaku walau dipinta berkali kali. Allah punya rancangan tersendiri. 

Kerana Allah sedang mengubah hati dan perasaan itu, sekarang.

Fight to let it go.

***********************************************

Dengan izinMu semoga dirinya,

di bumi dikasihi
di langit dirai
di lautan dicari
di daratan dihargai

Amin.


28 Julai 2013/
19 Ramadhan 1434
1.26 pagi
IPG Perlis

Saturday, July 13, 2013

hang memang dah gila!


Hang memang dah gila!

Berdesing telinga dipalu kata kata seperti itu. Manakan tidaknya, kata kata itu khas ditujukan buat orang yang kenal cinta jauh sahaja.

Apa itu cinta jauh?

Cinta yang dia-tak-tahu-pun-kau-suka-dia-sejak-first-time-kau-pandang-dia-dan-kau-dan-dia-tak-pernah-berkawan-pun-sejak-hari-itu-sehingga-hari-ini.

Boleh la juga dikelaskan sebagai first sight love. But I bet, ini lebih mencabar keimanan.


*******************************************************

Permulaan petang itu, dalam perjalanan pulang dari rumah pelajar tuisyen private, singgah di KFC untuk tapau makanan sahur. Petang vs sahur. It's sound weird but the thing happened is the weirdest.

Sambil usha usha sebarang menu yang menarik...

"Ye kak. Nak makan ke bungkus?"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum. I guess she knew I was smiling from my eyes. Dan akhirnya...

"Ya Allah, maaf kak. Dah terbiasa tanya macam ni. Lupa, puasa."

Kami ketawa terkekek kekek.

Kemudian, segera pulang ke tempat kediaman sambil minum mountain dew ketika dalam perjalanan.

"Weh, hang tak posa eh?"


******************************************************

Tugas memasak untuk iftar dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada yang in charge buat air, goreng telur, masak lauk (ikan singgang) dan menyediakan sedikit acar sebagai penambah daya selera makan. Tidak ketinggalan ada yang baik hati membantu membawa masuk lauk-order ke dapur.

Tugas ini memerlukan instinct yang kuat untuk meramalkan berapa banyak bahan bahan yang harus digunakan untuk menjadikan masakan itu ada ummmphh!

Maka dari itu, ada petugas khas telah dilantik untuk menjadi chef jemputan bagi membuktikan semuanya boleh dijadikan santapan yang boleh melepasi tekak untuk sampai ke perut sebelum diproses bagi menjana tenaga bagi meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ini.

Pada suatu ketika itu, seorang ustaz sedang memberikan tazkirah. Kami boleh nampak dia di dalam, dia boleh nampak kami di luar. Dan, chef pula sedang sibuk menjadi judge.

"Weh, hang tak tau ka ustaz tu boleh nampak kita kat luaq ni?"



****************************************************

"Weh, dia tu. Tu tu tu." memuncung muncungkan bibir seraya menunjuk ke arah sana iaitu parking lot.

"Bukan dia la. Tadi dia pakai baju hitam." cuba menongkah fakta.

"Betul. Tadi aku nampak dia tengah mengaji. Pakai baju tu lah." membangkang dengan tegas.

Bukan dan ya saling bertingkah sehingga bayang itu hilang dalam pekat malam, lalu menunggang tunggangannya.

"Ha! Kan aku dah kata betul tu dia. Aku cam la rim motor dia." perahunya terlajak dan tidak boleh diundur lagi.

"Hang stalk dia sampai ke rim motor? Hang memang dah gila!"




13  Julai 2013
1.52 pagi
IPG Kampus Perlis

Tuesday, July 9, 2013

2 tahun 9 bulan 3 hari


Sedari dulu lagi aku harus sedar, cinta kita hanya semusim pengajian. Semusim pengajian yang begitu lama harus aku tempuhi. Saratnya ibarat menanti empangan di buka pintunya agar terlepas takungan air yang melimpah ruah.

Tahukah kamu seberapa lama aku menanti? Bukan hanya 2 tahun 9 bulan dan 3 hari, tetapi ia menjangkau belasan tahun.  Katakan saja andai aku mengenalimu saat kita masih bermain hide and seek di laman rumah seorang teman, bermula dari itu aku mula ingin tahu siapa dirimu.

Kita menginjak remaja, melepasi daerah kanak kanak itu tatkala kau terus menghilang sebegitu. Telah aku selusuri lagi pinggiran desa yang kelam sebelum aku bertemu cahaya. Aku bangkit gagah mengatasi kecewa, hampa, terluka selepas aku terjumpa sinar itu. Benar, cahaya itu datang dengan penuh pengharapan untuk aku kembali kepada fitrah. Apabila ia sirna, terundanglah resah di suatu ruang dalam diri, yang aku tidak pasti di mana.

2 tahun 9 bulan 3 hari, aku berlindung di balik cahaya itu. Nyata, ia hadir bukan untuk aku. Aku juga tidak tahu untuk siapa. Aku jua tidak mahu tahu, tidak mahu mencari siapa empunya sandaran cahaya Ilahi itu. Aku yakin, disediakan untuknya segala yang hebat. Kerana perjuangannya hebat, maka dari situ aku kira perancangan untuk dirinya juga hebat lantaran Tuhannnya Maha Hebat dengan mengilhamkan pelbagai kehebatan di benaknya.

**********************************************

Catatan ini untukmu, Wajdi.

Aku bukanlah Wardah yang warkahnya sentiasa dibalas oleh Amir Mukhlis walau kehadiran warkah itu tidak sedikit pun disenangi. Bahkan hanya aku yang sentiasa mengulangi kiriman itu tanpa sebarang balasan sehinggalah Tuhan kita mengatakan aku harus menghentikannya. Dan aku terus berhenti!

Aku bawa namamu di segenap ruang hidup aku, sebagaimana aku bawa wajah insan insan yang aku sayangi. Sehinggalah pada suatu hari yang telah ditakdirkan Tuhan meminta aku melupakanmu. Sehingga kini aku tidak tahu adakah permintaan Tuhan itu untuk selama lamanya atau untuk seketika cuma. Aku sendiri tiada jawapannya.

2 tahun 9 bulan 3 hari aku telah melupakanmu. Tanpa mengenal siapa kamu pada aku pada suatu ketika dahulu. Aku dikaburi dan ditenggelami dengan wajah serupa Al Kahfi sedang itu hanya fatamorgana di mata insan seperti aku. Benar, dia adalah bayangan Al Kahfi di abad ini. Cumanya, hadirnya  bukan untuk memimpin tangan aku. Sekadar menjernihkan iris mata ini agar kaburnya hilang dan laluan berlalang dan penuh semak menuju ke pangkuan Tuhan tidak menghalang.

Tahukah kamu semusim kita tidaklah sama seperti satu semester di mana mana pusat pengajian, yang mana tempohnya hanyalah dalam anggaran 6 bulan. Itu perkiraan manusia. Perkiraan Tuhan tidak kenal masa. Semusim kita adalah sangat lama, sejak dulu sehingga kini tidak kunjung padamnya.




8 Julai 2013
1.10 pagi
IPG Perlis
[catatan : 26 Jun 2010-29 Mac 2013]

Monday, July 1, 2013

baby


I may not give everything to you. If I feed you everything, you are not adults. But you come to the class with diapers.

#Mr Abdul Wahab Sulaiman
  TSL 3112, Language Assessment

Azirah, born on 1994



1 Julai 2013
3.53 petang
IPG Perlis