BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

isu : tinggi vs kerusi


#I happened to teach year three pupils.

3 KUALITI

Teacher! Awat teacher tak tinggi? Saya tau dah nanti saya dah darjah enam saya lagi tinggi dari teacher


3 KUALITI
Dalam kelas 3K ni, there's a boy pakai cermin mata. You know what, his name is Najib. Bangga kot every day jerit jerit nama Najib kat kelas. Fuhhh....



#Well, as teacher, jadi cekgu ganti itu adalah biasa.

1 KUALITI

A : Teacher! Awat teacher tulis hari dengan tarikh tu rendah sangat?

T : Hish kamu ni. Suka hati teacher la nak tulis kat mana pun.

B : Eh hang ni. Teacher kan tak tinggi. Biaq pi la...

A : Ala... Apa susah. Teacher guna la kerusi




#Selain itu, perlu ke sekolah pada hujung minggu iaitu mengajar kelas tambahan...


5 CEKAL




# We attend English Carnival

action song : Najib pun join!




And, this is three of us. Plus student Kolej Kirkby





30 April 2013
8.57 malam
IPG Perlis

ssshhhhhhhh.....


Aku pilih cinta yang bisu kerana aku tidak mahu mengheretnya ke neraka.

Aku pilih cinta yang bisu kerana aku tidak mahu mencintai apa yang ada padanya

Aku pilih cinta yang bisu kerana aku cuba mencintai apa yang dirinya tiada

Aku pilih cinta yang bisu kerana aku ingin rasa ini sentiasa bercambah di setiap hari ku

Aku pilih cinta yang bisu kerana aku benar benar mencintainya

Aku pilih cinta yang bisu kerana Allah itu tuhan aku!



" dan orang orang yang berjihad untuk [mencari keredhaan] Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan jalan  Kami. dan sungguh, Allah beserta orang orang yang berbuat baik "

Al Ankabut : 69









30 April 2013
8.21 malam
IPG Perlis

Monday, April 22, 2013

harapan



kenapa masih berharap
andai sudah tahu hilangnya tidak berpengganti?

kerana harapan itu...
membuat diri berasa masih ada tempat bersandar
membuat diri berasa adanya persinggahan untuk melepas lelah 
membuat diri berasa masih gagah berdiri walau sukar untuk menapak!


Kuala Perlis
7 April 2013


22 April 2013
2.25 pagi
IPG Perlis

Friday, April 19, 2013

freedom



kebebasan adalah kebenaran yang dipilih

7 April 2013
Kuala Perlis



19 April 2013
12.21 tengah malam
IPG Perlis

Thursday, April 18, 2013

teksi !


Ku kira telah bersambut olehmu tangan waliku...

Dua Disember duaribusebelas

Itu tarikh keramat. Wardah memang menantikan permulaan saat itu. Baginya, pertemuan selepas sepuluh tahun itu bakal menyegarkan kembali daun daun cintanya yang hampiri luruh.

The beginning always the hardest, itulah yang Wardah percaya.

Mimpi Wardah semuanya indah. Dia yakin Wajdi memang benar benar akan kembali, bukan sekadar di mimpi.

Pertemuan hari itu mengingatkan kembali Wardah kisah 11 tahun dahulu...

sekadar hiasan
Sungguh tidak terduga Wajdi benar benar muncul. Ya, itu memang Wajdi. Dicubit pipi. Ouch,sakit! Ditegur orang kiri kanan, semuanya nyata.

Bagaimana ya harus dijelaskan perasaan itu?

******************************************************

Kak Wani, iaitu kakak ipar Wardah berdehem panjang.

" Eh, awak ni. Tak berkelip tengok dia. Tahu la pernah ada sejarah dengan dia time kecik kecik dulu. Takkan tu pun awak nak fikir serius sangat."

Dalam hati Wardah brbisik,

"Kak Wani takkan pernah faham. Akak tak rasa apa yang Wada rasa. Akak tak lalui apa yang Wada tempuh selama ni, sehingga hari ini, saat dan detik ini..."

******************************************************
Wardah.

Begitu ramah ayah dan abang berbual dengannya. Lama tak bersua, banyak cerita mahu dikongsi. Yelah, saat dia dan keluarga pergi, keadaan seolah olah tidak memberi ruang untuk mengucapkan ma'assalamah atau setidak tidaknya sempat jua menyatakan ilal liqa'.

Memang itu harapan Wardah sejak dahulu, semoga mereka akan berjumpa lagi

Bertanya tentang pelajaran, tempat baru dan sudah tentunya tentang perancangan masa depan.

Dia dan abangnya senyum.Mereka bertiga ketawa.



Cinta,

Umpama menunggu teksi.Kena tahan baru berhenti.Kalau tak,mana dia nak tahu yang kita sedang tunggu dia





3 Disember 2011
11.43 pagi
Kg. Baru Kuala Abang,
Dungun, Terengganu