Lari tak mau mau, padahal bukannya atlit pun.
Ai la tu. Sambil mendapat tepukan padu dari khalayak ramai bersama sama sorakan " fisio! " "PBSM!". Walhal ai sendiri bukan ahli PBSM mahupun physiotherapist. Sekadar bertugas di bawah payung keselamatan dan bantuan cemas.
Sambil jua terdapat sebiji senyuman sinis dari yu kan? Ai terbayang bayang yu gelak slow slow di alam nyata. Namun di dalam hati bergelegak umpama air panas 100 darjah celcius. Cess!
Sampai dah habis event, ada lagi yang duk cakap cakap,
"Hai, seronok lari tadi?"
Lagi,
"Hey kak...Tadi saya duk atas saya nampak..."
Dan lagi,
"Macam comel je". Yang ni ai tak pasti sama ada berbentuk pujian atau sindiran.
Bukan pilihan ai untuk berkejar kejar di khalayak itu, dah la patient lelaki. Selesai letak ais dalam kain anduh, ai cakap kat atlit yang terlentang tu,
" Buat sendiri ye?"
Maksud ai, sila tuam sendiri perut beliau yang kejang. Tak dan dan, beliau grab dengan tangan ai sekali. Huh.
Walau bagaimanapun, terguris secalar rasa malu. Selama ni, rumah sukan ai selalu kehilangan mata, sekurang kurangnya satu mata hanya kerana ai tak mau lari di trek depan astaka gara gara lalu ramai spectators.
Hari ni, free free ai lari di hadapan penonton yang lebih ramai dari biasa. Mata tak dapat, apa tak dapat. Tapi ai dapat secarik pengalaman, seperti cariknya rumput rumput kering yang dibasahi hujan.
25 Februari 2013
11.59 malam
IPG Perlis
No comments:
Post a Comment