BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 19, 2014

dosa yang terasa


"Kau untung tau Wada. Kau suka tapi kau tak couple. Contact pun tak, nak bagi kau rapat dengan dia." ujar Zul, sepupu Wardah.

"Kau pun untung jugak, dah bertunang pun," balas Wardah.

"Aku ni bertunang je. Belum tukar title halal pun lagi. Aku ni sebenarnya Wada, dah penat hidup berdosa macam ni,"keluh Zul.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Wardah.

"Kau faham kan maksud aku ni kan? Aku tahu kau serba salah nak cakap sebab kau rapat dengan aku. Cerita aku cerita kau, cerita kau cerita aku. Tapi aku sedar semua ni. Kalau boleh aku memang nak kahwin cepat tapi dah sebelah sana suruh dia habis belajar dulu. Aku nak cakap apa lagi. Bukan senang nak fahamkan orang kita ni," Zul meluah apa yang terbuku di hatinya selama ini.

"Weh kejap. Ayah kau datang la. Kejap ye," Wardah tiba tiba mencelah.

"Weh weh weh. Kau jangan cerita kat ayah aku pulak. Hahaha!" Zul memintas.

"Aku tau la!"

Perbualan tamat. 

Last seen today at 3.01pm.


********************************************

Zul sepupu rapat Wardah, anak Pak Ngah sebelah mak. Juga kawan baik Wajdi. Sejak di bangku sekolah rendah mereka berkongsi cerita. Sahabat ketawa, sahabat air mata. Saat tiada yang mengerti, dialah tempat yang akan Wardah tuju.

Di suatu Aidilfitri, Wajdi pulang ke gagang ini setelah sekian lama. Wardah tidak tahu, sehinggalah Syawal berlalu pergi...

"Sorry tau Wada. Aku lupa nak cakap kat kau. Maafkan aku jugak sebab aku memang tak terfikir nak bawak dia beraya kat rumah kau,"satu persatu Zul menyusun ayatnya.

"Kau memang. Selalu lupakan aku. Haha. Tapi bagus jugak. Kalau datang pun entah apa kau kenakan aku nanti," tingkah Wada.

"Tau pun kau kan. Aku faham kau Wada. Sebab tu aku tak bawak. Aku tau apa yang kau fikir. Kalau masa ni boleh undur balik, aku nak jadi macam Wajdi."

"Cliche betul la kau ni. Ala nak buat macam mana. Kalau aku duduk kat tempat kau pun mungkin aku akan rasa benda yang sama. 








beginilah gambaran keakraban Wajdi dan Zul




18 Jun 2014
3.30 petang
Kampung Baru Kuala Abang
Dungun





Thursday, May 15, 2014

old or older?


When u befriend with someone older than u, which I mean not at our age but not really old...

he won't ask;

1. dah makan?
2. tarikh lahir bila?
3. dulu sekolah menengah kat mana?
4. leisure time buat apa?
5. selalu tidur pukul berapa?

etc...unnecessary.

...but he would be straightforward to his intention of befriending with us. Doesn't mean of the need to get married to each other at that meantime but the need to know a little bit about each other first.

That's the time when we should believe that sometimes relationship is built upon situation. We may don't even realize that is the point we meet to each other.

We don't even know when is it, but the time will come.

in sha Allah.














15 Mei 2014
5.03 pagi
IPG Perlis

Tuesday, May 13, 2014

kita berbeza


Wardah  masih di situ menunggu detik detik tamat pengajian yang masih bersisa. Entah berapa lama lagi, Wardah tidak peduli lagi. Dia kini fokus pada apa yang pasti.

Wajdi yang datangnya bagai angin lalu sering menggugat naluri remajanya. Namun Wardah yakin Wajdi akan tetap singgah suatu masa nanti. Singgah yang bermakna, singgah yang terisi. Walaupun tidak lama, biarlah lepas rindu untuk kali terakhirnya.

Pesan Wajdi lewat perbualan mereka sebelum dia mengundur diri lagi...

Perempuan ni, jaga amalan wajib dan taat perintah suami in sha Allah syurga menanti. Lelaki ni lain. Tak sama macam perempuan. Banyak lagi nak kena belajar ni...

Sebetulnya, Wardah teramat keliru atas tujuan apa Wajdi mengungkapkan kata kata sebegitu. Usah memberi harapan andai tiada niat untuk kembali ke desa ini. 

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Tapi siapa tahu Wajdi sudah lupa tempatnya bermain. Wajdi sudah selesa benar berhujankan emas ditempat orang...

Harapannya pada Ilahi, biarlah yang datang tidak serupa Wajdi, izinkan dia dapat menelusuri hidup berimpian sebagaimana impiannya untuk bertemu Wajdi semula...

i'm sorry, for always do...

















































...missing you!

13 Mei 2014
3.53 pagi
IPG Perlis

Friday, August 2, 2013

terima kasih, untuk aku atau dia?


"Weh, kau makan tak serunding daging dan ayam?"

"Siapa tak makan memang rugi la."

"Maknanya kau makan la kan? Nah ambil ni. Untuk kau."

"Alhamdulillah... Boleh aku buat sahur. Kau tahu pagi ni aku tak sahur sebab tak ada makanan langsung kat bilik aku. Berapa ringgit ni?"

"Hah, berapa ringgit? Aku pun tak tahu la berapa ringgit satu. Aku beli banyak banyak. Ambillah, ambillah."

"Terima kasih... Bolehlah aku buat sahur pagi esok."



2 Ogos 2012
10.46 malam
IPG Perlis