BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 2, 2013

terima kasih, untuk aku atau dia?


"Weh, kau makan tak serunding daging dan ayam?"

"Siapa tak makan memang rugi la."

"Maknanya kau makan la kan? Nah ambil ni. Untuk kau."

"Alhamdulillah... Boleh aku buat sahur. Kau tahu pagi ni aku tak sahur sebab tak ada makanan langsung kat bilik aku. Berapa ringgit ni?"

"Hah, berapa ringgit? Aku pun tak tahu la berapa ringgit satu. Aku beli banyak banyak. Ambillah, ambillah."

"Terima kasih... Bolehlah aku buat sahur pagi esok."



2 Ogos 2012
10.46 malam
IPG Perlis


Monday, July 29, 2013

ini untuk kau



"Weh, ni ada orang bagi kat aku semalam. Ada lebih. Ambillah."

"Kenapa bagi kat aku? Mungkin kau boleh offer kat orang lain."

"Orang tu sedekah kat kau la."

"Aku tak terima sedekah."

"Ish kau ni. Ambil je la. Kalau kau tak nak, nanti balik kampung bagi kat mak kau. Kau tak boleh pass kat orang lain tau. Sebab sebenarnya, memang ni untuk kau."


29 Julai 2013
2.35 pagi
IPG Perlis

Sunday, July 28, 2013

amin.


10 malam terakhir.

Tiba masa untuk lupakan semua.

26 Jun 2010.

Stesen bas.

Dewan peperiksaan.

Beg sandang.

Beg kamera.

Pemilik jiwa yang ENANG, MPUH, ADU

KAMU...




"Hasbi Rabbi Jallallah"

(Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung)



"Maafi Qalbi Ghairullah"

(Tiada di dalam hati ku kecuali Allah)


"Nur Muhammad Sallallah"

(Cahaya Muhammad selamat atas NYA)


"La ilaha illallah"

(Tiada Tuhan selain Allah)


Allah tidak ubah situasi yang berlaku walau dipinta berkali kali. Allah punya rancangan tersendiri. 

Kerana Allah sedang mengubah hati dan perasaan itu, sekarang.

Fight to let it go.

***********************************************

Dengan izinMu semoga dirinya,

di bumi dikasihi
di langit dirai
di lautan dicari
di daratan dihargai

Amin.


28 Julai 2013/
19 Ramadhan 1434
1.26 pagi
IPG Perlis

Saturday, July 13, 2013

hang memang dah gila!


Hang memang dah gila!

Berdesing telinga dipalu kata kata seperti itu. Manakan tidaknya, kata kata itu khas ditujukan buat orang yang kenal cinta jauh sahaja.

Apa itu cinta jauh?

Cinta yang dia-tak-tahu-pun-kau-suka-dia-sejak-first-time-kau-pandang-dia-dan-kau-dan-dia-tak-pernah-berkawan-pun-sejak-hari-itu-sehingga-hari-ini.

Boleh la juga dikelaskan sebagai first sight love. But I bet, ini lebih mencabar keimanan.


*******************************************************

Permulaan petang itu, dalam perjalanan pulang dari rumah pelajar tuisyen private, singgah di KFC untuk tapau makanan sahur. Petang vs sahur. It's sound weird but the thing happened is the weirdest.

Sambil usha usha sebarang menu yang menarik...

"Ye kak. Nak makan ke bungkus?"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum. I guess she knew I was smiling from my eyes. Dan akhirnya...

"Ya Allah, maaf kak. Dah terbiasa tanya macam ni. Lupa, puasa."

Kami ketawa terkekek kekek.

Kemudian, segera pulang ke tempat kediaman sambil minum mountain dew ketika dalam perjalanan.

"Weh, hang tak posa eh?"


******************************************************

Tugas memasak untuk iftar dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada yang in charge buat air, goreng telur, masak lauk (ikan singgang) dan menyediakan sedikit acar sebagai penambah daya selera makan. Tidak ketinggalan ada yang baik hati membantu membawa masuk lauk-order ke dapur.

Tugas ini memerlukan instinct yang kuat untuk meramalkan berapa banyak bahan bahan yang harus digunakan untuk menjadikan masakan itu ada ummmphh!

Maka dari itu, ada petugas khas telah dilantik untuk menjadi chef jemputan bagi membuktikan semuanya boleh dijadikan santapan yang boleh melepasi tekak untuk sampai ke perut sebelum diproses bagi menjana tenaga bagi meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ini.

Pada suatu ketika itu, seorang ustaz sedang memberikan tazkirah. Kami boleh nampak dia di dalam, dia boleh nampak kami di luar. Dan, chef pula sedang sibuk menjadi judge.

"Weh, hang tak tau ka ustaz tu boleh nampak kita kat luaq ni?"



****************************************************

"Weh, dia tu. Tu tu tu." memuncung muncungkan bibir seraya menunjuk ke arah sana iaitu parking lot.

"Bukan dia la. Tadi dia pakai baju hitam." cuba menongkah fakta.

"Betul. Tadi aku nampak dia tengah mengaji. Pakai baju tu lah." membangkang dengan tegas.

Bukan dan ya saling bertingkah sehingga bayang itu hilang dalam pekat malam, lalu menunggang tunggangannya.

"Ha! Kan aku dah kata betul tu dia. Aku cam la rim motor dia." perahunya terlajak dan tidak boleh diundur lagi.

"Hang stalk dia sampai ke rim motor? Hang memang dah gila!"




13  Julai 2013
1.52 pagi
IPG Kampus Perlis