BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 25, 2013

noktah belum berakhir


" Wada, bangun. Dah pukul berapa ni. Belum solat Zuhur lagi kan tadi? " satu suara mengejutkan Wardah dari tidur.

Sebetulnya, Wardah terlalu penat. Tamat kuliah pada tengah hari itu, terus dia melangkah pulang. Kamarnya dituju. Tanpa sempat menukar pakaian, dia terbaring lesu.

Matanya celik. Fikirannya keliru. Suara tadi hilang. Arghhh! Dia mimpi lagi .

Jam menunjukkan 3.30 petang. Tergesa gesa Wardah bangun untuk menunaikan solat. Waktu Zuhur semakin merangkak ke penghujungnya.

Akhirnya, dia mengangkat doa setinggi tingginya Sepotong dari doanya adalah untuk kesejahteraan Wajdi. Juga, memohon Allah melembutkan hatinya untuk redha.

Sudah termaktub kesudahan antara dia dan Wajdi adalah begitu.

Wardah masih belum mampu menafikan noktah itu. Baginya, ia belum lagi berakhir...






14 Januari 2013
4.00 petang
IPG Perlis

Thursday, January 24, 2013

rindu tidak bermusim


Kuasa cinta itu hebat.

Ada yang jarang bersua, kerana cinta terbitnya rasa rindu.

Ada pula yang jumpa hanya untuk secebis masa, rindu terpupuk tak terjangka

Hebatnya lagi cinta...

Tak pernah jumpa, tapi rindu selalu ada.


salam maulidurrasul!




24 Januari 2013 / 12 Rabi'ul Awal 1434
5.24 petang
IPG Perlis



Saturday, January 19, 2013

aiskrim pisang




Julung julung kalinya makan aiskrim pisang, 
dibeli di sebuah kedai 24 jam bernama tujuhsebelas
 [ 7eleven ]

18 Januari 2013
6.44 petang
Taman Kemajuan,
Kangar, Perlis

Sunday, January 13, 2013

WAJDI


Segenap penjuru Wardah tercari cari sesusuk insan itu. Tidak diketahui namanya, namun seolah olah tercipta satu chemistry di antara mereka seusai pertemuan itu.

Wardah tidak tahu mengapa dia harus menangis atas perpisahan itu. Masakan dia harus berhiba gara gara sesusuk insan yang baru dikenali.

Di satu sudut yang lain, Wardah menyendiri. Mencari sendiri jawapan dari teka teki ciptaannya itu. Hibanya tidak putus. Persoalan mengapa itu masih menunjal ligat di benak.

Wardah duduk, seraya menekupkan mukanya pada lutut. Kehadiran sesusuk insan itu menyebabkannya bertindak secara drastik, mengangkat muka lantas bersuara dengan esakan yang berpanjangan,

" Awak, kenapa awak tinggalkan saya?"

Wardah malu sendiri. Sesusuk insan itu sekadar menguntum senyuman manis. Semanis rupanya. Tahu, Wardah tidak mampu mengawal emosi.

Pandangannya seolah olah cuba menghadiahkan seuntai pengertian, seraya menterjemah isi pertanyaan Wardah. Mungkin juga sebenarnya dia sudah mengerti.

Wardah bangkit, seolah olah mahu berlalu pergi. Sesusuk insan itu bersuara dengan gaya selamba,

" La... Orang tinggal kejap je pun dah nangis macam ni ", sambil ketawa kecil.

Wardah berpaling.

" Siapa awak sebenarnya?"

" Saya Wajdi", selamba lagi.

Tangisan Wardah semakin hebat. Air mata sudah tidak sempat diseka lagi. Galaknya air mata itu merembes keluar. Biarlah, setelah sekian lama dia bertahan atas kehilangan Wajdi.

Wardah masih menangis lagi, walaupun suara Wajdi sayup kedengaran bertukar dengan sahutan azan subuh yang berkumandang dari sebuah surau yang berdekatan.

Wadi,
Wada sedar bahawa coretan hidup ini adalah lakaran cerita olehNya. Seandainya Penulis Skrip cerita ini mengizinkan Wadi kembali..........

Selesai menulis secebis kalam di dalam e-diary, Wardah terus bergegas menuju ke kelas....


jangan lupa jalan pulang!



7 Januari 2013
6.58 pagi
IPG Perlis