BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

cerita dia

Gadis itu memulakan bicara. Bicara hati ke hati denganku. Lokasinya hanyalah di hati masing2. Mungkin kamu tak mengerti. Dan kami tak pernah pula meminta kamu untuk megerti kami.

Permulaan bicaranya, si gadis bertanya, "Adakah kagum dan suka itu berbeza? Atau  mungkinkah ia sama?

Aku terdiam. Tidak menjawab. Aku membiarkan dia meneruskan bicaranya. Dari butir percakapannya aku tahu dia ikhlas. Dia  sedikit berubah dari yang aku kenal sebelum ini. Masih ceria seperti dulu namun beberapa perubahan aku lihat pada dirinya.


"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa pun yang disinari matahari"

"Beruntung orang tu, kak. Saya tak pernah terfikir untuk bertemu dengan seseorang sepertinya apatah lagi untuk bersahabat dengannya,"dia bersuara.

Dia menyambung,

" Kak...pada mulanya saya mengagumi setiap langkahnya...Berazam untuk menjadi seperti dia. Tetapi saya ini insan yang lemah. Saya kalah dengan perasaan ini. Sedikit demi sedikit rasa itu bertukar daripada kagum menjadi suka dalam erti kata cinta kepada makhluk yang berlainan jantina. Saya lawan perasaan itu. Saya mahu istiqamah. Mana mungkin saya mendapat keredhaan Allah jika apa yang saya lakukan hanya kerana dia kan, kak?"

Aku tersenyum. Nampaknya dia sudah faham.

Aku hanya mahu mendengar dia bercerita. Selama ini hanya aku yang bercakap, bercerita itu dan ini. Kali ini biar dia berbicara dan aku mendengar untuk aku menilai sejauh mana berkesannya proses tarbiah terhadapnya.


***********************************

Suatu hari di bulan Ramadhan.....

Tamat majlis khatam Al-Quran di masjid, kelihatan si gadis sedang bersiap untuk keluar dari masjid. Dari jauh aku memerhatikan dia. Si gadis didatangi oleh seseorang. Si gadis dipeluk. 

Aku mendengar insan yang memeluk si gadis berkata," Alhamdulillah...akak bangga dengan awak. Awak sudah membuktikan bahawa ombak mampu mengubah pantai. Tahniah! Semoga istiqamah."

Lalu ku seka air mata yang galak terjun dari tubir mata ini...


26 Oktober 2010
11.01 malam
IPG Perlis